Tuesday, December 15, 2009

Pelayan mengaku pacar ke-10 Woods

JULIE...pelayan kelab malam yang mengaku ditiduri
Woods.



ORLANDO: Seorang pelayan kelab malam, Julie Postle, tampil mendakwa menjadi seorang daripada kekasih gelap Tiger Woods, menjadikan dia wanita ke-10 dalam skandal seks jaguh golf itu.

Julie, 25, berkata sebagai penari seksi, dia berjaya mengghairahkan Woods ketika atlit itu meraikan hari lahir dan bertemu dengannya di Kelab Malam Roxy.

Sejurus berkenalan, katanya, Woods tidak teragak-agak mendedahkan kisah rumah tangganya dan mendakwa perkahwinannya dengan Elin Nordegren sekadar meningkatkan imejnya di mata masyarakat.

Julie baru berusia 20 tahun ketika dia bertemu Woods kali pertama di Orlando, Florida.


Sementara itu, teman lelaki Julie, Brian Kimbrough, berkata dia pernah mendapat panggilan telefon daripada pelayan itu dari rumah mewah Woods di Windermere.

“Julie membuat panggilan dari dalam bilik kira-kira jam 5 pagi.

“Dari jauh, saya dapat mendengar suara Woods yang memintanya meletak telefon,” katanya.

Menurut Kimbrough, 28, Julie memberitahunya Woods memang tidak pernah mencintai Elin.

“Kata Julie, Woods berkahwin dengan Elin tidak lebih untuk meningkatkan publisiti,” katanya.

Jika Woods menghubungi Julie melalui telefon, kata Kimbrough, atlit itu sering menggunakan nama samaran Encik Brightside - merujuk kepada judul lagu kumpulan rock dari Las Vegas, The Killers.

Lagu Mr Brightside menceritakan kisah seorang lelaki yang sering cemburu kepada kekasihnya.

Kelmarin, Julie dilaporkan mengupah peguam untuk mewakilinya dalam sebarang isu.

Ketika dihubungi akhbar The Sun untuk mendapat komennya, Julie enggan memberi komen. - Agensi


p/s ; lagi2 Tiger Woods..tiger btul la dia ni :-)

Haian Metro [15 Disember 2009]

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images