HONG KONG: Seorang remaja Hong Kong dilapor melelong daranya di sebuah laman sosial.
Remaja itu membuka bidaan pada harga AS$1,300 (RM4,437) dan pembida tertinggi bersetuju membayar AS$7,800 (RM26,625).
Remaja itu mendakwa melakukannya kerana terdesak untuk menggunakan wang.
Iklan di laman web hkmensa.net bagaimanapun tidak menyatakan usia remaja itu, hanya memberikan butiran mengenai tinggi dan juga berat badannya.
Kira-kira 100 orang membuat bidaan pada iklan yang ditawar pada 9 Disember lalu tapi kemudian dibatalkan oleh remaja itu sebelum tarikh bidaan berakhir.
Polis berkata, siasatan kini dilaksanakan dan memberi amaran di laman web itu kepada remaja supaya tidak mengiklankan tawaran untuk menjual tubuh mereka demi wang.
“Setiap individu perlu memiliki keperibadian dan maruah yang tinggi,” tegas kenyataan polis di hkmensa.net yang ditujukan terhadap palajar sekolah menengah.
Orang dewasa dilabel melakukan jenayah jika melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur di Hong Kong.
Sejak beberapa tahun lalu, beberapa remaja di bandar itu yang menawarkan dara mereka di Internet atau meminta pampasan andai keluar dengan lelaki dewasa, termasuk jika mereka melakukan seks. - AFP
p/s - sdh dtg ke Asia..Malaysia?
HM [16/12/2009]
No comments:
Post a Comment