KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari mendiamkan diri, pelakon Zizie Ezette akhirnya mengaku beliau sudah menjadi isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.
Namun begitu, Zizie enggan memberitahu bila dan di mana sebenarnya majlis pernikahan itu diadakan.
"Kalau Datuk (Bung Moktar) sudah cakap ya (sudah bernikah), maka iyalah. Saya tidak mahu cakap panjang lagi buat masa ini. Biarlah kenyataan itu datang terus daripada Datuk. Saya pun kena menjaga hati orang lain dan mungkin ketika ini juga sebenarnya ada pihak yang sudah terguris, " katanya kepada Berita Harian.
Pelakon itu dihubungi ketika sedang menyiapkan penggambaran drama bersiri Suraya yang disiarkan di TV3.
Bagaimanapun, Zizie enggan menjelaskan siapa yang terguris kerana perkahwinannya dengan Bung Moktar.
Difahamkan tindakan pasangan itu untuk terus berahsia kerana mahu menjaga hati isteri pertama, Datin Nor Asidah Alimuddin.
"Saya berada dalam situasi yang sukar. Saya tidak mahu hal ini terus menjadi kecoh. Satu hari, saya yakin perkara ini akan terungkai juga seperti apa yang dimahukan pihak anda (media) dan di luar sana.
"Soal jodoh dengan sesiapapun, ia adalah di luar bidang kuasa saya, " katanya.
p/s : nak jaga hati?..hati sapa?..
BH [22/12/2009]
No comments:
Post a Comment