FLORIDA: Bekas supermodel, Jodie Kidd ialah nama terbaru yang muncul dalam skandal seks Tiger Woods.
Jodie, 31, malam tadi mengaku menyedari dia dikaitkan dengan jaguh golf itu selepas khabar angin tersebar mendakwa dialah juruhebah sukan televisyen Britain yang ada hubungan romantik dengan Woods.
Dia mengesahkan bertemu dua kali dengan Woods tetapi menegaskan, mereka tidak pernah menjalinkan hubungan romantik.
“Saya sedar mengenai khabar angin berhubung personaliti televisyen Britain itu tetapi saya berani beri jaminan, ia bukan saya.
“Memang benar saya pernah dua kali bertemu dengan Woods. Tetapi kedua-duanya ada kaitan dengan golf. Kami hanya bercakap dua atau tiga patah perkataan,” kata Jodie.
Jodie bertemu Woods kali pertama pada September 2006 apabila dia membintangi program penerbitan Saluran 4 bersama-sama Vernon Kay dan pemain bola sepak, Ian Wright. - Agensi
HM [14/12/2009]
No comments:
Post a Comment