Sunday, December 13, 2009

Elin mahu cerai

SAAT MANIS...Woods dan Elin.


FLORIDA: Isteri Tiger Woods berhasrat untuk mengakhiri perkahwinan mereka dan kembali ke Sweden.

Elin Nordegren dilapor sudah berunding dengan peguam tetapi demi kepentingan anak mereka, dia hanya akan memulakan prosiding selepas Krismas.

Tamparan terbaru yang dihadapi juara golf itu muncul selepas seorang wanita yang didakwa kekasih gelapnya mendakwa mereka mengadakan seks pada malam kematian bapa Woods.

Semalam, penaja utama bilionair golf itu, Gillete berkata, ia akan mengehadkan peranan ahli sukan paling kaya di dunia itu.

Woods yang akhirnya mengaku curang terhadap isterinya Sabtu lalu berdepan dengan dakwaan mengadakan hubungan seks dengan sekurang-kurangnya 11 wanita lain sepanjang lima tahun berkahwin dengan Elin.

Dalam kenyataannya Jumaat lalu, dia berkata akan berehat untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan untuk memberi tumpuan pada rumah tangganya. Tetapi langkah itu mungkin sudah terlambat.

Elin, 29, dilapor terlalu berang mengenai pendedahan skandal seks Woods dan dilapor memberitahunya: “Jangan bercakap dengan saya. Anda boleh bercakap dengan juruterapi anda. Saya tidak mahu bertemu anda.”

Dia kini mahu merayakan Krismas di Sweden bersama-sama Woods, 33, dua anak mereka, Sam, dua tahun dan Charlie, 10 bulan.

Mereka akan menjalani perbicaraan perpisahan pada Tahun Baru, lapor akhbar News of the World.

“Elin akan berpura-pura ia perayaan keluarga, untuk kedua-dua anaknya dan kemudian akan menyingkirkan Woods,” kata satu sumber kepada akhbar itu.

“Dalam erti kata lain, mereka akan berlakon sebagai pasangan yang sayang menyangi antara satu sama lain. Elin kemudian akan memutuskan hubungan mereka serta-merta.

“Dia mungkin memerlukan masa untuk bersendirian tetapi proses perundangan untuk perceraian itu akan dilakukan secepat mungkin.”

Meskipun pasangan itu merancang merayakan Krismas bersama, Elin dikatakan sudah berpindah bersama-sama anaknya, tidak jauh dari kediaman mereka di Windermere, Florida.

Akhbar itu juga melaporkan, Woods bertengkar dengan ibu mentuanya beberapa minit sebelum wanita itu pengsan dan dikejarkan ke hospital minggu lalu.

News of the World turut mendakwa Woods masih berhubung dengan wanita simpanan terbarunya, Rachel Uchitel, orang yang mencetuskan pergaduhan antara pemain golf itu dengan isterinya hingga membawa kepada kemalangan Woods dan disusuli dengan pembongkatan seluruh skandalnya.

Seorang lagi kekasih gelapnya, Jamie Jungers memberitahu akhbar itu, mereka mengadakan seks beberapa jam sebelum Woods dimaklumkan mengenai kematian bapanya pada 2006. - AFP


p/s : fuhh...

HM [14/12/2009]

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images