Thursday, May 27, 2010

Cara Yahudi mendidik anak menjadi bijak

Tanpa bermaksud untuk menyanjungi tentang orang Israel dan atau orang Yahudi, saya ingin berbagi informasi yang saya peroleh dari membaca terjemahan H. Maaruf Bin Hj Abdul Kadir (seorang guru besar dari Universiti Massachuset USA tentang penelitian yang dilakukan oleh Dr.Stephen Carr Leon. Penelitian Dr. Leon ini adalah tentang pengembangan kualiti hidup orang Israel atau orang Yahudi.

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana , ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (saya pernah kerja di farmasi dan ramai ibu-ibu kaum cina yg amalkan pengambilan pil minyak ikan untuk perkembangan bayi mereka - alin).

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg melarang pengambilan makanan laut dan darat, secara saintifiknya makanan ini berbeza dr segi kandungan ionnya satu +ve dan satu -ve, dan apabila dicampur menyebabkan perut kan mengalami masalah penghadapan- alin) Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg menasihatkan kita makan buah dahula sebelum mkn benda lain, secara saintifiknya, buahan mudah dihadam dan mengandungi asid, bila kite makan benda berat mcm nasi dan selepas tu baru mkn buah, buah akan ganggu penghadaman dan akan mengeluarkan asid dan gas, yg boleh menyebabkan angin - alin).

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!).

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikanya dan anda hanya akan LULUS jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

p/s ; satu info yang menarik..so pakai otak..ambil yang baik buang yang akan mendatangkan kesan yang tidak baik !!..itulah gunanya otak..

Wednesday, May 26, 2010

Misi Rahsia Yahudi Dalam Walt Disney



Pengasas Walt Disney Picture, Mr. Walt Disney


Taman Tema Disneyland, berhati-hati dengannya!

Seperti yang diketahui, pengasas Walt Disney Picture dan Disneyland adalah seorang Yahudi Zionist yang sejati. Bukan itu sahaja, malah Walt Disney juga seorang gay atau homoseksual. Jadi tidak hairanlah semua filem-filem kartunnya menerapkan ciri-ciri homoseksual dan pornografi tanpa disedari oleh ibu bapa tetapi disedari oleh anak-anak mereka.


Pastor Josue Yrion

Suatu pembentangan umum oleh saudara Pastor Josue Yrion yang membongkar matlamat rahsia kartun-kartun terbitan Walt Disney itu telah dibuat dengan membongkar rahsia-rahsia keji kartun-kartun Walt Disney (rujuk http://kencanasari.multiply.com/video/item/48/Misi_Rahsia_Yahudi_Dalam_Walt_Disney.flv). Maaf blog tidak dapat menyimpan info berbentuk video :-) .

Pada gambar di bawah, dapat dilihat bahawa pereka kartun Roger Rabbit sengaja membuatkan watak perempuan tersebut berada dalam keadaan mengghairahkan. Kita mungkin tidak perasan perkara-perkara seperti ini kerana kita tidak menunggu gambar kartun berputar sehingga tamat bersama anak kita. Kita hanya membiarkan mereka melihat seorang diri.


Kekejiaan Yahudi Walt Disney ini tidak sahaja ditonjolkan dalam kartun tetapi diberikan penerapan di luar pawagam terutamanya di taman tema Disneyland. Lihat gambar budak perempuan di bawah yang menaiki patung mainan elektrik. Lihat pada gaya kedudukan Donald Duck tersebut. Dalam banyak-banyak kedudukan, kenapa pereka patung tersebut membuat gaya kedudukan sedemikian? Mungkin anda boleh jawab…


Kita biasanya tidak melihat design mesin elektrik tersebut kerana sibuk melihat telatah anak kita menaikinya. Tetapi lain bagi kanak-kanak, apabila mereka duduk di atas patung seperti itu atau mana-mana patung lain, mereka akan menghafal bentuk kedudukan patung dan rupa parasnya sekali.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak atau abang / kakak yang mempunyai adik-adik kecil, diharap agar lebih teliti dan sensitif dalam ruang persekitaran. Janganlah semata-mata untuk membuatkan anak-anak kita tida menganggu di dapur maka kita menyajikan mereka dengan kartun-kartun di Astro tanpa berfikir panjang.

P/S; mudah-mudahan kita sentiasa mengkaji dan memerhati bukannya menelan ludah Yahudi barat. Tetapi sedang Pastor Barat (Kristian) memberi amaran tentang bahayanya dimana pula ulama-ulama Islam ??..

Bahaya telefon bimbit terhadap kesihatan

MEMBAKAR OTAK & KULIT

BRITAIN: Telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya. Satu kajian British yang diketengahkan dua tahun lalu menunjukkan tahap pendedahan kepada telefon bimbit yang diletakkan dekat dengan kepala atau bahagian badan yang lain adalah lebih besar berbanding pendedahan keseluruhan badan kepada stesen pangkalannya.

SWEDEN: Satu kajian yang utama mendapati peningkatan sehingga 48 kali ganda aliran haba pada telinga, muka atau kepala penggunanya.



RUSIA: Telefon bimbit boleh menaikkan suhu permukaan kulit sehingga 4.7C. Kerosakan akibat pemanasan ini boleh menyebabkan kanser kulit. (Di UK, seorang pengguna mati akibat ketumbuhan kulit berbarah di tempat ia meletakkan telefon bimbit.)

Beberapa orang saintis memberi amaran bahawa pemanasan ini merosakkan kulit, di mana ia membuatkan penggunanya kelihatan berkedut, tidak bermaya dan akhirnya menjadi tua sebelum waktunya! Dikatakan berikutan pemanasan yang berlaku, sel-sel kulit lama kelamaan tidak dapat berfungsi dengan sempurna, dan proses hidup menjadi kurang berkesan.

RISIKO KANSER LEBIH TINGGI

SWEDEN: Penggunaan telefon bimbit meningkatkan risiko tumor otak hampir 2 1/2 kali ganda. Kanak-kanak yang bertengkorak nipis dan berotak kecil lebih berisiko.

AUSTRALIA: Tikus yang didedahkan kepada radiasi getaran digital telefon bimbit selama lebih 18 bulan berisiko dua kali ganda diserang kanser.

AMERIKA SYARIKAT: Pengguna yang kerap menggunakan telefon bimbit mempunyai paras melatonin (hormon penting bagi mencegah kanser) yang rendah.

AUSTRIA: Perokok yang menggunakan telefon bimbit menanggung risiko lebih tinggi mendapat kanser berbanding bukan perokok.

Fakta lain yang membimbangkan

Pengguna telefon digital diketahui boleh mengembangkan penyakit nonHodgkin di dalam kelenjar limfa leher mereka, pada bahagian yang sering diletakkan telefon bimbit selama beberapa jam sehari.

Pendedahan selama beberapa minit kepada radiasi telefon bimbit boleh mengubah 5% kanser aktif kepada 95% kanser aktif pada sepanjang masa pendedahan dan dalam jangka masa pendek selepas itu.

Risiko tumor 'neuro epithelial' luar biasa pada bahagian luar otak adalah lebih dua kali ganda - secara statistiknya menunjukkan peningkatan yang ketara - terhadap pengguna telefon bimbit berbanding bukan pengguna.

Pada tahun 1998, sekurang-kurangnya lapan tuntutan mahkamah yang mendakwa telefon bimbit meneyebabkan tumor otak difailkan di Amerika Syarikat.



KEROSAKAN DNA & SISTEM IMUN

Beberapa kajian menunjukkan bahawa radiasi telefon bimbit boleh menyebabkan kerosakan DNA dalam sel manusia. Menurut saintis UK, radiasi frekuensi radio yang lemah sama seperti yang dipancarkan oleh telefon bimbit boleh merosakkan sistem imun badan yang melawan jangkitan dan penyakit.

KECACATAN KETIKA LAHIR

AMERIKA SYARIKAT: Radiasi telefon bimbit telah  dikaitkan dengan kemungkinan bahaya kepada wanita hamil dan bayi di dalam kandungan. Dalam satu kajian, radiasi didapati menyebabkan kecacatan kepada embrio ayam.

KENAIKAN TEKANAN DARAH

JERMAN: Dalam satu kajian yang dilaporkan di dalam Lancet pada tahun 1998, tekanan darah pada setiap ujian ke atas manusia mengalami kenaikan antara 5 hingga 10mm Hg - paras kenaikan yang lebih daripada cukup untuk memulakan strok atau serangan jantung di kalangan mereka yang berisiko tinggi.

Ini merupakan bukti kukuh pertama mengenai kemampuan radiasi telefon bimbit mengubah fungsi sel secara langsung di dalam badan manusia.

PENYAKIT ALZHEIMER, PARKINSON & SKLEROSIS MULTIPEL

SWEDEN: Pendedahan cuma selama dua minit kepada pancaran daripada telefon bimbit boleh melemahkan penghalang keselamatan di dalam darah, menyebabkan protein dan bahan toksin memasuki otak. Keadaan ini cenderung mencetuskan serangan penyakit-penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan Sklerosis Multipel.

Dalam satu kajian lain, pengguna telefon bimbit selama 30 minit sehari adalah dua kali ganda cenderung mengalami keadaan hilang daya ingatan berbanding mereka yang menggunakannya kurang daripada dua minit.

AMERIKA SYARIKAT: Satu kajian mendapati daya ingatan tikus menjadi lemah buat seketika selepas terdedah selama 45 minit kepada radiasi elektromagnet daripada telefon bimbit.

UK: Kajian tajaan kerajaan mengaitkan pendedahan radiasi telefon bimbit dengan kehilangan daya ingatan buat seketika dan kekeliruan secara tiba-tiba.

PENYAKIT JANTUNG & BATU KARANG

EROPAH: Penyelidikan baru menunjukkan pendedahan kepada radiasi telefon bimbit menyebabkan sel-sel darah merah membocorkan hemoglobin (yang membawa oksigen ke seluruh badan), di mana pengumpulannya boleh menyebabkan penyakit jantung dan batu karang.

PENURUNAN NAFSU SEKS, KEPANASAN & KELESUAN

UKRAINE: Berdasarkan kajian yang dijalankan keatas binatang, penggunaan telefon bimbit secara drastik boleh mengurangkan keinginan seks. Tikus yang terdedah kepada radiasi telefon bimbit didapati mempunyai paras testosterone dalam aliran darah jauh berkurangan daripada tikus yang tidak terdedah kepadanya. Semakin tinggi dos radiasi, semakin berkurang testosterone yang dikeluarkan oleh kelenjar badan, mengakibatkan penurunan aktiviti seks.

SCANDINAVIA: Kajian tajaan industri selular Scandinavia dan kerajaan Sweden dan Norway, mengesahkan hubungan ketara antara jangka masa dan jumlah panggilan dibuat oleh pengguna dengan gejala-gejala seperti kelesuan, kepanasan dan sakit kepala. Pengguna telefon bimbit yang kerap juga dilaporkan mengalami keadaan kulit berdenyut-denyut atau bergerak-gerak.

RACUN DALAM BAHAN PENAMPAL GIGI

Kajian menunjukkan radiasi telefon bimbit boleh mengaktifkan raksa dan melepaskan gas beracun. Pakar-pakar percaya bahawa gas yang menyerang sistem saraf tengah otak boleh menyebabkan keadaan tertekan, lelah, penyakit Alzheimer dan Sklerosis Multipel.

SAKIT KEPALA, PENING & HILANG TUMPUAN

SWEDEN: Kajian Sweden yang ditaja oleh industri selular ke atas 11,000 pengguna telefon bimbit mendapati pengguna yang membuat empat panggilan atau lebih dalam sehari adalah 3.6 kali lebih mudah diserang sakit kepala berbanding mereka yang membuat panggilan kurang daripada dua kali. Pengguna juga 2.3 kali lebih mudah pening dan 2.4 kali lebih mudah hilang tumpuan.

Orang-orang muda lebih berisiko terutamanya yang berumur 30 tahun ke bawah, di mana mereka lebih mudah mengalami kesan sampingannya.

Aduhai! Rozita Che Wan berskirt pendek

Oleh Normah Becok

ROZITA dan Azza ketika hadir pada malam kemuncak AF8, baru-baru 
ini.
ROZITA dan Azza ketika hadir pada malam kemuncak AF8, baru-baru ini.
MINGGU lepas Cik Normah berkesempatan menonton Konsert Akhir Akademi Fantasia (AF8) walaupun sebenarnya hati ini berat sangat nak pergi. Ialah tahun ini tak ada seorang pun pelajarnya yang memikat hati Cik Normah, tak macam Zahid dengan Mawi dulu.

Ketika itu, memang Cik Normah bersungguh-sungguh mengundi mereka. Tapi untuk AF8 baru-baru ini, Cik Normah tidak mengundi mana-mana pelajarnya. Tapi ini tidaklah bermakna pelajar AF8 tidak bagus. Tak dapat nafikan ramai juga yang berbakat besar.

Atas sebab itulah, atas undangan rakan-rakan di Astro, Cik Normah pergilah juga sebab tak mahu mengecilkan hati kawan-kawan. Walaupun pada mulanya hati Cik Normah keberatan, tetapi apabila sudah sampai ke sana dan terjumpa pula rakan-rakan seperjuangan. Kebosanan Cik Normah berubah menjadi keseronokan.

Ketika berborak sakan dengan teman-teman, tiba-tiba mata Cik Normah terpana pada seorang wanita yang cukup anggun yang juga bukan asing dalam industri seni tanah air. Wanita cantik berbaju merah dan berbunga di kepala itu cukup menarik perhatian Cik Normah. Dari paras kepala ke pinggang, Cik Normah memang terpegun melihat kecantikannya tetapi bila melihat pinggang ke bawah, Cik Normah hampir saja tersedak.

Dalam hati Cik Normah terdetik, amboi seksinya Rozita Che Wan. Bukan main putih gebu lagi pehanya. Ramai juga yang agak ‘tersiksa’ apabila terpandang penampilan seksi Rozita ketika itu. Maaflah Ita jika Cik Normah menegur, Cik Normah bukanlah ortodoks atau old school, cuma Cik Normah tak berapa berkenan dengan penampilan Ita pada malam itu. Memanglah cantik dan mengiurkan, tetapi skirt pendek paras atas lutut yang bila duduk menyerlahkan keputihan pehanya tak berapa elok pada pandangan Cik Normah.

Lagipun Ita baru saja pulang dari umrah, bukankah lebih elok jika memakai pakaian yang lebih sopan. Kalau boleh bila balik dari menunaikan ibadat, pakaian kenalah jaga sikit. Ialah seolah-olah umrah tu pergi melancong pula bila balik penampilan tidak dijaga. Dalam sebuah drama yang disiarkan dalam Astro juga turut menampilkan Ita berpakaian sopan, lengkap bertudung. Tapi realitinya... aduhai!

Pada malam itu bukan saja Rozita yang seksi, Azza bekas anggota kumpulan Elite pun bukan main sakan lagi gayanya. Kalau skirt Rozita pendek, Azza punya lagi pendek. Kalau iya pun nak bergaya, fikirkanlah kesesuaian majlis. Kalau boleh bila pergi ke majlis yang ramai peminat, berpada-padalah sikit bergaya. Apatah lagi masa AF8 hari itu, sebahagian besar penontonnya remaja dan orang muda. Bukan apa nanti jadi bahan mengata pula.


BH [27/5/2010]
p/s ; itu didepan khalayak ramai..klu tempat yg tiada orang?..

Imam ‘simpan’ kekasih

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Seorang imam yang juga guru agama di dua surau di sebuah taman perumahan di Klang, Selangor, bukan saja selesa melakukan maksiat dengan bersekedudukan lebih sebulan dengan ‘buah hati’ di rumahnya, malah turut bijak menipu jemaah surau kononnya wanita berkenaan isterinya yang sah.

Kegiatan imam ‘nakal’ berusia 26 tahun terbabit terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu rumahnya, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.

Sebelum serbuan, penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat awam melakukan intipan dan siasatan lanjut mendapati rumah itu dihuni imam terbabit dan wanita berusia 27 tahun dipercayai kekasihnya dan menjadi pasangan ‘suami isteri’, sejak lebih sebulan lalu.

Walaupun pintu rumah terbabit diketuk berulang- kali, penghuninya mengambil tempoh lama kononnya tidak terjaga daripada tidur sebelum membuka pintu dan penguat kuasa mendapati pasangan itu sudah lengkap berpakaian.

Imam terbabit dipercayai menipu jemaah surau dan penghuni di taman perumahan itu dengan penampilan alim termasuk memberikan ceramah agama kepada warga emas di kedua-dua surau di taman berkenaan.

Bukan itu saja, imam terbabit yang mendakwa memiliki ilmu hasil pengajian di sekolah pondok selain dipercayai menggunakan taktik mencedok hasil ceramah tokoh agama terkenal dalam kaset dan cakera padat bagi meyakinkan orang ramai mengenai ketinggian ilmu agama dimiliki.

Putar belit imam muda terbabit semakin ‘menjadi’ apabila penghuni dan jemaah surau mudah mempercayainya selepas lelaki terbabit memberitahu wanita yang tinggal bersama di rumahnya adalah isteri yang sah.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral imam itu terbongkar selepas segelintir penghuni taman yang curiga membuat laporan kepada Jais yang mendapati wanita terbabit bukan isteri, tetapi teman wanita lelaki berkenaan dan sudah tinggal bersama tanpa ikatan sah.

Tanpa berselindung, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, tidak menolak kemungkinan sudah berlaku hubungan kelamin di antara imam terbabit dengan teman wanitanya itu berdasarkan tempoh lebih sebulan mereka tinggal bersama di rumah itu.

Beliau berkata, apabila seorang lelaki dan wanita yang tidak ada hubungan sah berdua-duaan, sudah pasti ada iblis yang menggoda dan tidak masuk akal jika mereka tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral sepanjang lebih sebulan tinggal bersama di rumah itu.

“Kami sebenarnya hairan bagaimana seorang imam yang turut diberi kepercayaan mengajar agama di surau berkenaan boleh melakukan maksiat dan dan menipu orang ramai menggunakan penampilan alimnya.

“Perbuatan ini cukup memalukan apabila penampilan alim imam terbabit dan kononnya ada ilmu digunakan untuk melindungi kegiatan maksiat yang dilakukan dengan ‘buah hati’ bagi mengelak tindakan pihak berkuasa,” katanya, semalam.

Bukan itu saja, Shahrom berkata, imam terbabit memperdayakan jemaah surau dan penghuni taman perumahan berkenaan dia sudah berkahwin di luar negara.

Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati wanita itu yang juga pekerja swasta bukan isterinya dan mereka bersekedudukan sejak lebih sebulan lalu berdasarkan maklumat awam diperoleh.

“Walaupun imam berkenaan memberi pelbagai alasan kononnya datang ke rumah itu pada waktu tertentu bagi melihat ‘buah hatinya’, siasatan mendapati dia memang tinggal di rumah itu bersama wanita berkenaan,” katanya Shahrom berkata, imam terbabit dan pasangannya sudah diambil keterangan awal sejurus mereka ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais.


HM [27/5/2010]
p/s ; iman..nafsu tidak memilih siapa..

Agrobank Sedia RM68 Juta Untuk Industri Burung Walit

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — Agrobank memperuntukkan RM67.7 juta untuk membiayai projek berkaitan industri burung walit yang nilai eksportnya kini melebihi RM1 bilion setahun.

Pengarah Urusannya Datuk Ahmad Said berkata dana pinjaman yang dilancarkan sejak 19 Mei lepas itu akan membolehkan kira-kira 2,000 pelanggan membina rumah burung walit kos rendah antara RM10,000 dan RM30,000 sebuah.

Beliau berkata faedah pinjaman dikenakan ialah 3.75 peratus.

“Peruntukan dana ini akan membantu pengusaha burung walit dan orang ramai menceburi industri menguntungkan ini,” katanya pada sidang media mengenai dana pinjaman itu di Ibu pejabat Agrobank di sini, pada Rabu.

Ahmad berkata peruntukan dana itu juga sejajar dengan usaha kerajaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE) untuk meningkatkan pendapatan rakyat daripada USD7,000 kepada USD15,000 setahun.

Burung walit ialah antara industri berimpak tinggi yang diberi penekanan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, selain penternakan ikan arowana dan rumpai laut, katanya.

Beliau berkata tiada peruntukan khas diberikan kepada bidang itu sebelum ini.
Namun, Agrobank selaku bank yang membantu pembangunan industri pertanian negara, memberikan pinjaman kepada 41 pelanggan, melibatkan pinjaman berjumlah RM6.3 juta dalam industri burung walit sejak dua tahun lepas, kata Ahmad.

Industri burung walit yang bermula dengan penghijrahan spesies burung itu dari Indonesia kira-kira 10 tahun lepas, semakin rancak berkembang dengan kira-kira 50,000 premis burung walit dibina di seluruh negara.

Sarang burung itu yang belum diproses berharga antara RM3,000 dan RM4,000 sekilogram manakala sarang burung yang diproses mampu mencecah RM12,000 sekilogram.

Pasaran utama komoditi itu ialah China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura.
– BERNAMA
 

Britney idam hidup selepas mati


LOS ANGELES: Penyanyi pop terkenal, Britney Spears, berpesan supaya mayatnya dibekukan dengan harapan dia boleh dihidupkan semula selepas itu.

MINAT BARU...Britney banyak luang masa buat kajian.
MINAT BARU...Britney banyak luang masa buat kajian. 

Kata penyanyi Oops!... I Did It Again itu, dia berharap dengan mengawet dirinya dengan cecair nitrogen, generasi akan datang masih boleh menikmati kelincahannya beraksi sekali lagi Disebabkan taksub dengan idea dikenali sebagai ‘pembekuan cryogenic’ itu, Britney, 28, turut melabur dalam firma yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

Yayasan Alcor Life Extension adalah syarikat tertua mengendalikan urusan mengawet mayat dengan cecair nitrogen apabila ia mula beroperasi pada 1972.

Dalam laman webnya, firma berpangkalan di Arizona itu menyatakan matlamat mereka menggunakan ‘suhu sejuk melampau untuk mengekalkan nyawa manusia dengan tujuan mengembalikan kesihatan apabila ada teknologi untuknya di masa depan.’ Sementara itu, seorang rakan Britney berkata, ia adalah keghairahan terbaru artis terbabit.

“Ia tercetus apabila seseorang memberitahunya Walt Disney dibekukan supaya dia boleh dihidupkan semula pada masa depan.

“Ia memang satu mitos tetapi Britney bertegas mahu membuat penyelidikan dan yakin untuk mencubanya,” katanya.

Sumber itu berkata, Britney mendapati isu itu sangat menarik sehingga menghabiskan masa membuat kajian mengenainya pada sambutan Hari Ibu lalu ketika membawa keluarganya melawat Disneyland.

Katanya, Britney membiarkan anak-anaknya bermain dengan pengasuh, manakala dia sibuk mencari maklumat.

“Sebelum ini Britney bercadang menjadikan abu mayatnya berlian tetapi terfikir untuk cuba hidup semula pada masa depan kemudian menggunakan kaedah cryogenic,” katanya.

Namun, sebelum melabur dalam firma itu, Britney terlebih dulu perlu meyakinkan bapanya, Jamie.

Sumber berkata, Jamie agak gembira dan membiarkan Britney leka dengan minat barunya.

“Ia bermakna Britney lebih selamat kerana banyak meluangkan masa melayani Internet atau menonton program Discovery Channel,” katanya. - Agensi



HM [26/5/2010]

p/s ; beginilah manusia yang cuba untuk melanggar kuasa TUHAN..

Tuesday, May 25, 2010

Rahsia Buah Kegemaran Mengikut Kajian Dr. Barnet



Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing-masing. Kaedah ini juga dikenali sebagai “Science of Fructology”..
Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia.



1-JENIS LIMAU… 
Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali.

Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu.
Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu.



2-BUAH-BUAHAN TROPIKA…

Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas.

Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar berseronok.



3-JENIS BUAH LADANG…

Contohnya seperti epal dan pear.

Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu.Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.
Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd individu lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm setiap perkara yg kamu lakukan.

4-JENIS TEMBIKAI…

Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.

Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan.Bagi diri kamu,wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain.
Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantic.Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yg berhati-hati.



5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI…

Contohnya seperti blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur dan tomato.

Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain.Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik.Kamu bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan2 yg berperasa lain dari yg lain.
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti.

6-JENIS KEKACANG…

Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain.

Kamu ini “moody” lah!!Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.
Untuk mengenali kamu,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg yg berpendirian.

7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU…

Contohnya kundur.

Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat.Kamu adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu miliki.Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm menangani cabaran2 mendatang.Kamu cenderung pada warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut.

Lelaki sengsara punca perkahwinan bahagia

FRANKFURT: Satu penyelidikan di Jerman menunjukkan rahsia perkahwinan bahagia bagi lelaki ialah dengan hidup dalam kesengsaraan.

Kajian membabitkan beribu-ribu pasangan di Britain, Jerman dan Australia mendapati, semakin gembira kehidupan suami berbanding isteri, semakin mudah mereka bercerai.

“Lelaki perlu hidup dalam keadaan kurang gembira jika mahu bahagia dengan isteri, tetapi kebiasaannya, isteri yang mulakan prosiding cerai,” lapor kajian itu. – Agensi

BH [26/5/2010]

p/s ; sengsara bawa bahagia??..

Jadi sewel ditinggal kekasih

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu mengharap cinta dari lelaki tempatan, seorang wanita warga Filipina yang ditinggalkan buah hati kesayangan akhirnya menjadi sewel sebelum dimasukkan ke wad sakit jiwa bagi menerima rawatan.

Wanita berusia 30-an terbabit dikatakan tidak dapat menahan rasa kecewa sebelum meracau dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Sumber polis berkata, hubungan sulit itu hanya diketahui selepas seorang pemandu teksi berusia 50-an membuat laporan polis selepas dibelasah teman lelaki wanita terbabit.

Menurutnya, dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa berusia 50 tahun bertindak pergi ke sebuah pub yang terletak tidak jauh dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk bertemu dengan teman lelaki wanita itu.

Menurutnya, mangsa yang berniat untuk menasihatkan suspek agar tidak mensia-siakan hubungannya dengan teman wanita itu. 


HM [26/5/2010]

p/s ; hebatnya cinta.. :-)


Ketam boleh ubati denggi ?



Seorang bekas penghidap denggi kritikal yang pernah terlantar di Hospital selama 2 minggu menyatakan menerima emel daripada seorang rakannya mengenai keberkesanan dan khasiat ketam sebagai ubat penawar denggi.

Ia dibuktikan sendiri olehnya apabila menghidap demam yang sama 10 tahun kemudian. Berdasarkan simptom-simptom yang pernah dialaminya dahulu dan teringat mengenai emel yang pernah diterima, diapun pergi mencari ketam lantas terus dibuat sup.



Menakjubkan apabila demamnya kebah keesokan harinya.

Lebih meyakinkan apabila dia menggunakan cara yang sama keatas rakan sepejabatnya yang juga menghidapi denggi. Keesokan harinya, demam yang dialami oleh rakannya turut kebah setelah diberikan sup ketam sehinggakan doktor seakan tidak percaya demam yang boleh meragut nyawa itu boleh sembuh sedemikian cepat.



Bagi mengukuhkan lagi pendapatnya, dia juga telah mengesyorkan cara tersebut kepada dua-tiga orang lagi rakannya yang menghidap demam tersebut dan Alhamdulillah, mereka telah sembuh.

Lelaki yang bernama Syed Putra itu bagaimanapun menyatakan, lebih mujarab jika digunakan ketam nipah berbanding ketam batik.

Adakah benar cara ini berkesan... Anda bolehlah cuba sendiri... Wallahu alam.. 


Dipetik dari ; http://www.maxx.my/

 

Petua atau penawar demam denggi

nyamuk aedes

Baru-baru ini, dunia hiburan kita dikejutkan dengan pemergian Din Beramboi ke Rahmatullah akibat terkena demam dengi berdarah. Jadi pada artikel kali ni, Maxx terlintas untuk berkongsi petua yang Maxx jumpa di internet. Petua ni bukanlah untuk menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh jadikannya petua sampingan jika anda juga disahkan menghidap penyakit ini.

untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air di dalam badan agar suhu kembali normal.

Cara pengubatan denggi

Air 100 plus - yang ni turut disarankan oleh doktor sendiri. Boleh minum banyak-banyak.

Sup ketam - Untuk yang ini, anda disarankan untuk menggunakan ketam nipah. Maxx pernah tulis artikel mengenai khasiat ketam nipah untuk mengubati denggi (sila rujuk Ketam boleh ubati denggi)..

Air daun pegaga - Ada yang kata bukan guna pegaga biasa, tetapi pegaga cina. Kalau susah sangat boleh beli air daun pegaga kat HPA - Mai secawan!

Air daun betik - Kalau anda rasa air daun pegaga tu tak sedap, air daun betik ni lagi tak sedap. Tapi kalau rasa anda sayangkan nyawa, tak perlulah fikir panjang ye..

Daun pokok semambu - Yang ni bukan untuk diminum, tapi sekadar untuk digosokkan pada bahagian badan. Bila ruam atau bintik-bintik merah dah mula keluar, kita akan rasa miang sampai sukar untuk tidur. Ambil segenggam daun ni dan gosokkan pada bahagian tersebut.

Aiskrim Vanilla - Kononnya ada yang pernah diberitahu oleh seorang cina, aiskrim vanilla juga boleh digunakan. Aiskrim ni juga boleh dimakan kalau anda sakit tekak.

Air bali campur garam - Petua ni untuk mengubati Chikungunya. Itu yang diberitahu oleh seorang warga Bangladesh. Mungkin boleh juga anda gunakan untuk mengubati denggi ni.

Biasanya, sesiapa yang pernah menghidap denggi ni akan menghidapnya sekali lagi dalam tempoh setahun. Jadi berhati-hatilah.

Terlanjur anda membaca artikel ini, sudilah kiranya anda sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri.

Wassalam..

Tali leher penyebab masalah kebutaan dan tercekik



Tali leher penyebab masalah kebutaan

Tali leher biasanya dipakai oleh lelaki yang berstatus tinggi atau ingin dipandang tinggi. Walaupun tali leher menjadi kelengkapan paling menarik bagi lelaki, namun ada juga yang tidak menyukainya dan menganggapnya tidak ubah seperti cawak (tali) yang diikat pada leher anjing.

Kini terdapat beberapa kajian yang mendakwa tali leher boleh menyebabkan kebutaan. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Ophthalmology, pemakaian tali leher terlalu ketat meningkatkan tekanan intraokular (IOP) di dalam mata, dan boleh menyebabkan glaukoma.

Kajian itu memerhatikan 20 orang lelaki yang menghidap glaukoma dan 20 orang lagi yang tidak menghidapinya. Setiap subjek diukur IOPnya dengan kolar kemeja terbuka, kemudian diikat tali leher ke tahap "agak tidak selesa".

Selepas tiga minit, mereka mengukur IOP subjek sekali lagi. Kemudian tali leher dilonggarkan dan menunggu selama tiga minit lagi, dan IOP subjek diukur buat kali ketiga. Hasilnya? 60% daripada mereka yang menghidap glaukoma mengalami peningkatan IOP apabila bertali leher, dan 70% daripada pasakit normal juga mengalaminya. Melonggarkan tali leher menyebabkan IOP menurun dalam kebanyakan pesakit kedua-dua kumpulan.

Para penyelidik itu memberi amaran, tali leher yang ketat boleh menyebabkan diagnosis perubatan yang tidak tepat. Apabila tali leher terlalu menekan vena jugular dalam leher, seluruh sistem vena turut tertekan. Ini menyebabkan doktor mendiagnosa anda mengalami hipertensi okular atau glaukoma padahal anda tidak menghidapnya jika anda memakai tali leher ketika menjalani pemeriksaan.

Tali Leher Penyebar penyakit

Doktor yang bertali leher boleh mengancam kesihatan pesakit. Di Britain, doktor-doktor digesa supaya tidak bertali leher ketika bertugas di hospital kerana dikhuatiri akan merebakkan penyakit kepada pesakit.

Menurut laporan BBC News, sekumpulan ahli panel yang menghadiri persidangan Persatuan Perubatan British pada 2003 berkata, aksesori itu bukan saja tidak perlu malah berpotensi berbahaya dalam persekitaran hospital. Menurut panel terbabit, doktor boleh dijangkiti bakteria ketika melakukan pemeriksaan jika tali leher tersentuh kulit atau luka pesakit. Bakteria kemudian berpindah kepada pesakit lain.

Tali leher menyebabkan ancaman tercekik

Anda mungkin tercekik jika tali leher anda tersangkut pada laci, eskalator, pintu lif dan lain-lain benda bergerak yang berpotensi.

Tali leher samalah seperti jerat. Apabila memakainya, anda bukannya membuat kenyataan mengenai fesyen, tetapi lebih kepada mencari nahas. Memakainya sambil berdiri berhampiran jentera atau kipas yang sedang berputar boleh mengundang padah.

Bebaskan diri

Purata lelaki Amerika memiliki 22 helai tali leher, lelaki British memiliki 17 helai, dan lelaki Australia 15 helai. Kenapa ia masih mendapat perhatian dalam fesyen lelaki?

Tali leher moden telah wujud sejak 300 tahun yang lalu. Ia masih bertahan kerana lelaki mengikut tradisi menerimanya secara membuta tuli sebagai pakaian rasmi yang penting.

Asal usul tali leher bermula di zaman empayar Rom, di mana anggota Senat Rom terpaksa berucap dalam jangkamasa yang lama kepada ratusan penduduk. Untuk menahan kesejukan dan menekan peti suara, orang Rom melilit skaf yang digelar fascalia pada leher untuk memanaskan kerongkong dan sentiasa bersedia untuk berucap dengan panjang lebar.

Versi awal tali leher dipakai oleh pahlawan zaman pertengahan untuk mengelak pedang daripada sampai ke kerongkong. Kemudian beberapa orang lelaki mula menghiasi pelindung itu dengan beberapa lukisan menarik dan amalan itu mula tersebar kerana mereka cuba bersaing antara satu sama lain dengan fesyen terkini. Bagaimanapun di zaman moden, tali leher bukan saja tidak perlu malah membahayakan. Masalah tali leher pertama kali dikemukakan oleh Dr Walter G. Walford pada tahun 1917 dalam buku berjudul Dangers in Neckwear. Beliau menulis, tali leher yang ketat dan kolar berkanji menyebabkan kelemahan kerana pengaliran darah ke otak terhalang.

Tali leher adalah tidak praktikal. Anda mengambil masa kira-kira 10 saat untuk mengikat tali leher jika anda biasa mengenakannya. Gandakan angka itu dengan purata 3 kali seminggu bagi lebih 30 tahun, dan tambahkan dengan masa untuk mengikat tali leher.

Kot, kemeja, seluar dan kasut memberi perlindungan daripada elemen-elemen itu. Tali pinggang pula memastikan seluar berada di tempatnya dengan sempurna dan sarung kaki memberikan perlindungan untuk kaki. Tetapi tali leher adalah sekadar perhiasan yang tidak bermanfaat. Tali leher juga mahal harganya. Kenapakah anda sanggup mengorbankan keselesaan, kesihatan, keselamatan dan wang bagi sesuatu yang tidak perlu?

Paku tertusuk di kepala kucing



KEPALA seekor kucing ditusuk paku (bulatan) di Bandar Sioux, Amerika Syarikat.GAMBAR KECIL X-ray menunjukkan paku yang tertusuk kepala seekor kucing.



BANDAR SIOUX, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing masih hidup walaupun kepalanya ditusuk dengan paku di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing yang tertusuk paku di kepalanya itu merayau-rayau semasa ia ditemui oleh anggota-anggota sebuah agensi kawalan haiwan selepas mereka mendapat maklumat mengenainya baru-baru ini.

"Saya tidak pernah melihat situasi itu seperti ini terutamanya apabila kucing tersebut masih hidup," kata seorang anggota sebuah agensi kawalan haiwan, Cindy Rarrat.

Dia berkata, paku itu mungkin ditembak dengan pistol paku oleh seorang individu.

Namun, seorang doktor berjaya menarik keluar paku sepanjang 7.62 sentimeter itu di sebuah klinik haiwan pada Jumaat lalu.

Pemilik kucing itu sedang dicari. - Agensi



Kos [26/5/2010]

p/s ; lagi satu cerita..berpantang maut sebelum ajal..atau kucing ini keturunan puntianak mungkin hehehe...


Cili Api ditambah Powerrrrrrrrrr...

Ni gambar-gambar diambil on 23 Mei 2010 selepas meletakkan baja disetiap pokok. Saya pun tidak tau apa nama atau jenis baja yang digunakan..hahah...pegi di kedai ask them, so diorg bagi la baja pink ni...hahaha..klu racun mati lah saya !!!...tapi hati saya berkeyakinan sewaktu menaburnya..just drop 1 or 2 that's enough :-) ..

satu lubang satu biji saja :-)


ni yang dah bujang letak la 2 biji..


begini la seadanya..makin besar makin banyak biji kena letak..


Saya perlu rokok: Aquino

MANILA: Presiden baru Filipina, Benigno Aquino enggan memenuhi permintaan untuk berhenti merokok kerana mendakwa ia dapat membantunya meringankan tekanan memikul tanggungjawab barunya itu, semalam.

Aquino menolak permintaan kumpulan kesihatan yang menegaskan beliau bakal memberi contoh yang baik kepada negara jika berhenti merokok.

“Saya pasti berdepan tekanan dan tidak wajar jika saya memikul satu lagi tekanan. “Malah, jika saya berhenti merokok, mungkin ia akan memberi kesan terhadap keputusan yang akan saya lakukan,” katanya.

Aquino, 50, yang masih belum berkahwin dilapor menghisap antara sekotak hingga dua kotak rokok sehari. Beliau bagaimanapun mengaku kesihatannya lebih terjamin jika berhenti merokok. Katanya, beliau mungkin menghentikan tabiat itu satu hari nanti. Namun, pada masa ini, jika beliau berhenti, ia pasti akan menambah tekanan dan selagi tidak mengganggu sesiapa, beliau bebas menghisap rokok.

“Inilah satu-satunya kebebasan saya miliki,” katanya lagi. - AFP 


HM [25/5/2010]
p/s ; presiden pun merokok..

Monday, May 24, 2010

Sudah bermula !! (part 2)

YESSS...akhirnya Projek Ikan Tilapia Merah saya dapat dimulakan dengan baik dan lancar (mudah-mudahan..)..kedatangan 2500 ekor anak-anak ikan tilapia merah pada petang hari ahad (22 Mei 2010) sangat menggembirakan..dengan harga RM0.35 seekor dan tangki besar untuk tujuan penyimpanan awal (RM245.00)..maka bermula lah lagi satu kisah :-)


anak-anak ikan yang baru sampai..tidak boleh dibuka terus kedalam tangki nanti ikan-ikan ini akan stress..lalu mati atau pembesaran yang kurang..


 
anak-anak ikan yang masih malu-malu..


terdapat 5 plastik semuanya..setiap satu mengisi 500 ekor anak-anak ikan..tidak percaya?..kena percaya :-).. ada dua tangki semuanya..kena beli banyak lagi..huhu..setiap tangki memuatkan 1000-1500 ekor anak-anak ikan..



anak-anak ikan yang baru dikeluarkan dari plastik dan dimasukkan kedalam tangki...happynya anak-anak ikan ini..sehappy tuannya :-)




GAMBAR BAWAH : satu lagi kolam yang bakal dibuka..banyak keja kena buat..pokok-pokok semuanya kena ditebang..rumput dipotong...huhu



 pokok-pokok yang mesti dipotong..besar-besar pula tu..


kolam yang bakal memuatkan 5000-8000 ekor tilapia merah :-)






Search This Blog

Featured Images