Thursday, May 13, 2010

Pakej mewah belajar pandu kenderaan

TOKYO: Sekolah memandu Jepun kini menawarkan pakej istimewa kepada pelajarnya, termasuk urut Hawaii dan belajar dengan menggunakan kereta BMW bagi menarik pelanggan. 

“Semakin sukar memperoleh pelanggan. Akibat saingan harga, kini kami terpaksa menawarkan pakej sampingan kepada pelajar,” kata Pengarah Sekolah Memandu Musashi Sakai, Aki Takahashi.

Sejak dua dekad lalu, jumlah pelajar menurun lebih separuh manakala jumlah sekolah kekal hampir sama.

Pelajar di Musashi Sakai boleh memilih rawatan kecantikan kuku, urut Hawaii atau jenis urutan lain.

“Kami sediakan persekitaran yang selesa untuk wanita yang menjadi sasaran utama kami,” katanya lagi.

Syarikat Sekolah Memandu Koyama pula menggunakan kereta BMW dan juga motosikal Harley-Davidson untuk kelas belajar memandu mereka. - Reuters

HM [14/5/2010]
p/s ; sampai gitu??..klu la di Malaysia..alahai

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images