Sunday, May 2, 2010

Minyak ikan tidak bantu jadi pandai

NEW YORK: Minyak ikan mungkin bagus untuk jantung namun tidak bermakna ia memastikan anda kekal bijak, menurut kajian dua tahun penyelidik Britain.

Banyak kajian menunjukkan mereka yang makan lebih banyak ikan memiliki fungsi mental lebih baik dan kurang mendapat penyakit nyanyuk. Namun selepas mengkaji 748 lelaki dan wanita berusia 70-an, penyelidik dan Sekolah Kebersihan dan Ubatan Tropika London ragu-ragu dengan kaitan itu.

Tiada seorang pun menunjukkan apa-apa perubahan dalam fungsi kognitif selama percubaan 24 bulan, seperti yang diukur dengan ujian fungsi mental pada permulaan dan penghujung kajian. – Reuters 

BH [3/5/2010]
p/s ; ???...tah la..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images