Thursday, May 13, 2010

Perisian titik jualan web



SISTEM operasi dan maklumat jualan yang efisien dapat memudahkan para pengusaha dalam mengendalikan perniagaan.


KECANGGIHAN teknologi maklumat telah memungkinkan pelbagai jenis, fungsi, kaedah pemasangan dan penggunaan aplikasi. Jika sebelum ini sesebuah aplikasi memerlukan instalasi, kini ia boleh digunakan terus menerusi capaian Internet. 

Google merupakan salah satu pelopor penyedia khidmat aplikasi berasaskan web. Sebagai contof, antara aplikasi web yang disediakan secara percuma kepada umum oleh Google adalah Google Maps, Google Calendar dan Gmail.

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana kini juga boleh memanfatkan aplikasi berasaskan web untuk perniagaan mereka. Aplikasi titik jualan atau point of sales (POS) merupakan antara perisian terpenting dalam satu-satu perniagaan khususnya perniagaan runcit yang melibatkan jualan harian. 

Aplikasi titik jualan berasaskan web memberikan pelbagai kelebihan kepada peruncit dari aspek-aspek berikut:

1. Lebih pantas dan mudah

Aplikasi POS yang melibatkan instalasi sering mempunyai masalah terutamanya apabila komputer yang digunakan oleh peniaga ditukar. Setiap kali menukar perkakasan, instalasi perlu dibuat semula, dan ini akan melibatkan isu pelesenan. 



CONTOH antara muka perisian titik jualan yang boleh diinstalasi dari capaian Internet.


Aplikasi web pula diuruskan sepenuhnya oleh penyedia khidmat, dengan kata lain kesemua aplikasi dijaga dan diselenggara oleh penyedia khidmat.

Maka, pengguna tidak perlu memikirkan soal instalasi kerana ia boleh diakses melalui mana-mana komputer yang mempunyai capaian Internet dengan menggunakan pengenalan identifikasi (ID) pengguna dan kata laluan.

2. Sistem operasi

Sesetengah peniaga lebih suka menggunakan Mac, ada juga yang lebih menyukai sistem operasi Windows. Dengan perisian web, pengguna boleh terus menggunakan sistem operasi kesukaan mereka. 

Ia lebih fleksibel kerana pengguna tidak perlu risau isu keserasian sesebuah sistem operasi dengan aplikasi POS yang ingin mereka gunakan.

 3. Kos efektif

Dengan aplikasi web ini, penyedia khidmat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas-tugas rutin termasuk melakukan penyalinan data atau backup, penaiktarafan dan konfigurasi semula aplikasi yang sering memakan masa. 

Ini bukan sahaja menjimatkan masa pemilik perniagaan malah tidak perlu memikirkan tugas remeh yang boleh memeningkan kepala. Masa yang dijimatkan boleh diluangkan untuk memberikan tumpuan pada jualan.

4. Kos perkakasan 



TUGAS pemprosesan dikendalikan oleh penyedia khidmat dan bukannya dilakukan pada perkakasan yang digunakan peruncit.


Satu lagi kelebihan menggunakan aplikasi ini, khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai latar belakang teknikal komputer adalah ia tidak memerlukan keperluan perkakasan tinggi. 

Aplikasi web POS boleh digunakan pada komputer dengan spesifikasi yang minimum. Apa yang diperlukan hanyalah komputer yang mempunyai akses Internet. 

Ia tidak memerlukan spesifikasi yang tinggi kerana tugas pemprosesan dilaksanakan pada pelayan penyedia khidmat dan bukannya pada komputer yang digunakan oleh peruncit. 

5. Capaian maklumat cawangan

Bagi perniagaan yang mempunyai lebih dari satu cawangan, aplikasi ini benar-benar efektif kerana kesemua maklumat semasa boleh diperoleh dengan hanya satu klik. 

Tidak kira perniagaan itu mempunyai dua atau 20 cawangan, sebaik sahaja maklumat dikemaskini, ia boleh terus didapati serta-merta. 

Tambahan pula, oleh kerana ia merupakan sistem berasaskan web, pemilik perniagaan boleh mengakses nilai jualan, inventori, maklumat pelanggan dan maklumat lain dari setiap cawangan yang di bawah pengurusannya.

Cashier Live merupakan salah satu penyedia khidmat yang menyediakan aplikasi POS dengan bayaran yang berpatutan. Dengan tempoh percubaan secara percuma selama 30 hari, pemilik atau pengurus perniagaan boleh menilai sama ada ingin terus menggunakan versi percuma atau menaik taraf kepada akaun premium yang memberikan lebih banyak ciri. 

Sekiranya dalam tempoh penilaian ini berjalan, perisian ini dirasakan bermanfaat dan boleh membantu dalam meningkatkan produktiviti perniagaan, ia boleh dinaik taraf terus kepada pakej berbayar yang nyata lebih menarik.


Kos [13/5/2010]
p/s ; aku seorang usahawan berjaya..insy..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images