Wednesday, May 5, 2010

Jaga makan

Oleh Nor Hairulnizam Wahid
hairulnizam@hmetro.com.my

PENJAGAAN pemakanan serta latihan fizikal secara sistematik mampu mengekalkan atlet pada prestasi terbaik mereka, meskipun pada hakikatnya usia makin bertambah, sekali gus mempengaruhi keberkesanan prestasi masing-masing.

Ketika misi negara memburu pingat emas Sukan Olimpik pertama di London berbaki dua tahun lagi, mampukah atlit seperti Datuk Lee Chong Wei atau atlit lebih senior mengekalkan prestasi demi melakar kejayaan lebih cemerlang? Semua itu tidak mustahil, menurut pakar anti penuaan, Dr Mahathir Mohamed yang menjelaskan sistem tubuh manusia unik dan fleksibel dengan memerlukan hanya tempoh tiga hingga empat bulan untuk penyesuaian sebaik menerima perubahan dalam program latihan dan pemakanan.

Jelasnya, lebih banyak fungsi tubuh dimanfaatkan, maka lebih berkesan seseorang atlet itu dan biarpun faktor genetik turut mempengaruhi, tetapi dengan latihan berterusan, beliau yakin atlet mampu mengekalkan kecergasan mereka meskipun ketika usia semakin meningkat.

“Asalkan atlet berkenaan menjaga pemakanan dan latihan secara berterusan dan dengan sokongan jurulatih dan pakar pemakanan, mereka mampu menjangkau lebih daripada sepatutnya.

“Mungkin kos mendapatkan makanan tambahan tinggi memandangkan bukan semua makanan mampu memberikan nutrien yang diperlukan atlet, tapi dengan penjagaan pemakanan akan dapat membantu mengekalkan prestasi,” katanya selepas menyampaikan seminar bertajuk Penuaan dalam Sukan dan Tindakan Pencegahan di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Menurutnya, proses penuaan memberi kesan terhadap sistem metabolisma tubuh, kekuatan otot, bentuk badan, jisim tulang serta fleksibiliti tubuh yang sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan keletihan, kemurungan, sikap rendah diri dan kesakitan di bahagian sendi.

Malah seminar berkenaan juga memberi peluang kepada atlet, penggiat sukan serta kakitangan MSN mengetahui 'rahsia awet muda' yang dimiliki personaliti hiburan Aznil Nawawi dan Salamiah Hassan yang masing-masing sudah berusia 47 dan 59 tahun.

Kedua-dua mereka berpendapat didikan keluarga masing-masing yang mementingkan kesihatan menjadi faktor mereka kekal cergas, selain sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan berupaya menangani tekanan.

Malah mereka sempat berpesan kepada atlet negara supaya berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dan sentiasa cintakan karier mereka ceburi. 

HM [5/5/2010]
p/s..aznil..salamiah hassan?..i don't belive it..fantastic..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images