LOS ANGELES: Pelakon Jennifer Aniston nekad mendapatkan khidmat nasihat jurulatihnya bagi membantu beliau menurunkan berat badan selepas dilaporkan 'panik' apabila digandingkan dengan model pakaian mandi lebih seksi, Brooklyn Decker dalam filem terbaru Just Go With It.
Aniston menjalani program diet dengan hanya memakan makanan bayi yang mudah dihadam. Makanan itu dimasak tanpa menggunakan minyak, perencah atau garam.
Akhbar Daily Mail melaporkan, amalan pemakanan itu bertujuan membantu Aniston menurunkan berat badannya dalam tempoh singkat. “Di sebalik bentuk tubuhnya yang menarik, Jennifer masih tidak berpuas hati. Berikutan itu beliau membawa jurulatih peribadinya, Mandy Ingber ke set penggambaran di Hawaii untuk mendapatkan khidmat nasihat.
“Kehadiran Ingber ke Hawaii menjadi bahan berita, kerana ia jelas menunjukkan bahawa Aniston ‘panik’ apabila terpaksa ‘bersaing’ dengan pelakon yang lebih muda di layar perak,” kata akhbar itu.
Daily Mail juga melaporkan, Jennifer berusaha bersungguh-sungguh menyerlahkan bentuk badannya apabila mengenakan pakaian ketat dan singkat. Dia bimbang apabila digandingkan dengan model lebih muda dan mempunyai bentuk badan yang hebat.
Bagaimanapun seorang jurucakap pelakon itu berkata, Ingber adalah guru yoga Aniston dan rakannya yang paling akrab.

“Jika ada masa terluang Aniston mahu Ingber berada di semua lokasi penggambarannya. Ia tidak ada kaitan dengan kehadiran Decker,” katanya. – Agensi
Jennifer Aniston
Brooklyn Decker
BH [6/5/2010]
p/s ; ada juga gni..besa la..pompuan..uhukkk..
No comments:
Post a Comment