Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
yanie@hmetro.com.my
(Yang menyertai junket 'Prince Of Persia: The Sands Of Time' anjuran Walt Disney pada 4 hingga 11 Mei lalu).
BUKAN hanya ketangkasannya diperkatakan orang. Penampilan Jake Gyllenhaal dengan lengan berotot dan susuk tubuh hebat sebagai Dastan, antara topik yang turut memberi tempias pada kemunculan dalam filem Prince of Persia: The Sands of Time. Filem hebat ini bakal ditayang di Malaysia mulai 27 Mei.
Tahukah penonton untuk memperoleh tubuh sasa seperti itu aktor kacak yang nama asalnya, Jacob Benjamin Gyllenhaal, 30, terpaksa berdepan tempoh enam bulan yang memeritkan.
Tekanan berganda kerana untuk tempoh yang sama dia terpaksa menyimpan rambut panjang hingga paras bahu.
"Saya perlu melalui proses yang sangat meletihkan untuk menjadi jelmaan Dastan. Ia memerlukan disiplin yang sangat tinggi.
"Seminggu, lebih tiga kali saya berada di gimnasium membuat senaman angkat berat. Mujurlah perubahan dapat dilihat dalam masa yang singkat dan keputusannya cukup mengagumkan.

"Saya suka penampilan saya dalam filem itu kerana ia membuatkan saya rasa lebih yakin. Sebelum melangkah ke lokasi penggambaran yang berpangkalan di Morocco, pengarah Mike Newell juga meminta saya menyimpan rambut panjang sehingga paras bahu.
"Setiap hari, saya terpaksa mencuci rambut menggunakan syampu dan perapi khas kerana mahu ia cepat panjang. Anda percaya atau tidak, bersyampu juga dapat menganjalkan otot lengan anda!
"Setiap hari, saya terpaksa mencuci rambut menggunakan syampu dan perapi khas kerana mahu ia cepat panjang. Anda percaya atau tidak, bersyampu juga dapat menganjalkan otot lengan anda!
"Kalau tidak percaya, anda boleh mencubanya di rumah!" seloroh Jake dalam dalam satu sesi temubual dengan media serata dunia termasuk wakil Harian Metro di Hotel Dochester, London, awal Mei lalu.
HM [25/5/2010]
p/s ; satu lagi bukti, untuk berjaya perlu kerja keras..
No comments:
Post a Comment