Thursday, May 6, 2010

UMS mahu terap konsep Universiti Dalam Taman

06/05/2010 4:18pm

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah mewujudkan Dasar Lanskap mahu menerap konsep Universiti Dalam Taman, kata Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon.

"Kita mahu mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek, dan kalau boleh kita mahu UMS menjadi tarikan pelancong.

"Dahulu kita tidak ada garis panduan yang jelas mengenai lanskap, dan dengan adanya Dasar Lanskap, kita mahu transformasikan UMS sebagai universiti dalam taman iaitu seolah-olah universiti ini berada dalam hutan yang mempunyai persekitaran yang segar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Taman Botani UMS seluas enam hektar di kampus induk di Likas hari ini.

Beliau berkata, bagi merealisasikan misi itu, UMS akan turut menyusun semula program penanaman pelbagai jenis pokok di sepanjang jalan di kawasan kampus.

Dr. Kamaruzaman berkata, Taman Botani berkenaan akan dimajukan secara berperingkat-peringkat.

"Mengikut perancangan, UMS melalui Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan akan menanam koleksi spesis pokok hutan yang jarang-jarang ditemui seperti pokok belian dan seraya (meranti) dan pokok putat yang menjadi asas kepada nama Pekan Putatan.

"Banyak lagi pokok dan tumbuh-tumbuhan yang akan ditanam di kawasan Taman Botani ini. Namun semua ini tidak dapat dilihat untuk masa sekarang tetapi 20 atau 30 tahun akan datang untuk dinikmati dan dibanggakan oleh anak-cucu kita atau generasi akan datang,” katanya. – Bernama

Kos [6/5/2010]

p/s ; wow...my universiti pya ceta ni..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images