Wednesday, May 12, 2010

Jutawan tua cari menantu


SEOUL: Seorang wanita jutawan akhirnya menemui calon menantu sesuai untuk anak perempuan tunggalnya selepas meneliti lebih 400 permohonan diterima daripada iklan dibuatnya, kata sebuah agensi mencari jodoh, semalam.

Jurucakap agensi Sunoo berkata, wanita berusia 78 tahun yang hanya dikenali sebagai Kim itu mula mencari calon suami anaknya sejak Julai tahun lalu.
Anak perempuan Kim kini berusia 38 tahun.

Kim - dipercayai menguasai kekayaan bernilai lebih RM112.4 juta - meletakkan beberapa syarat untuk bakal menantunya.

Antaranya, lelaki itu mestilah berusia di antara 37 dan 42 tahun dan dibesarkan dalam keluarga harmoni.

Lelaki itu juga, kata Kim, mesti mempunyai perwatakan menarik dan memilik kerjaya stabil.

Daripada maklum balas diterima Sunoo, 10 orang disenarai pendek untuk ditemubual.

Lelaki yang bertuah itu hanya dikenali sebagai Lee, 41. 

Dia bertemu anak Kim kali pertama pada Oktober tahun lalu dan kedua-dua mereka dijangka mengikat pertunangan Sabtu ini.

“Lee tidak menunjukkan minat kepada harta saya,” kata Kim yang dipetik akhbar harian Hankook Ilbo, semalam.

Menurut jutawan itu, dia juga sukakan Lee kerana lelaki terbabit berwatak ceria dan pemurah.

Bagaimanapun, seorang wanita kaya yang mencuba nasib mencari calon suami di Sunoo dikatakan tidak cukup bertuah seperti Kim.

Berusia 49 tahun, wanita itu mendaftar dengan Sunoo pada Mei tahun lalu.
Jurucakap Sunoo berkata, setakat ini kira-kira 390 permohonan diterima agensi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, selepas disemak dan ditemubual wanita terbabit, tiada seorang pun mampu membuka hatinya untuk berkahwin.

Wanita itu dilaporkan memiliki kekayaan bernilai RM57.8 juta. - AFP

HM [12/5/2010]
p/s ; susah jga jdi jutawan ni..


No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images