Friday, May 21, 2010

Masjid besar dibina di Perancis

MARSEILLE 20 Mei - Warga Perancis beragama Islam meraikan kegembiraan dengan bermulanya pembinaan sebuah masjid terbesar di negara ini, yang bakal menjadi simbol kekuatan Islam di Perancis.

Pemimpin Islam akan menyertai beberapa ahli politik dalam upacara meletakkan batu asas iaitu sehari selepas kerajaan Perancis mengharamkan pemakaian purdah.

Bandar kedua terbesar Perancis ini merupakan penempatan 250,000 umat Islam yang sebelum ini menggunakan bilik sewa, tempat letak kereta dan tingkat bawah tanah rumah bagi mengerjakan solat berjemaah.

Dengan menara setinggi 25 meter, masjid itu mampu memuatkan lebih 7,000 jemaah di dewan solat utama, selain menyediakan kemudahan kelas membaca al-Quran, perpustakaan, restoran dan bilik minum teh apabila dibuka pada 2012.

Ia sekali gus menamatkan perjuangan lebih 60 tahun pemimpin Islam yang mahu kerajaan membina sebuah masjid besar untuk kemudahan umat Islam beribadah.

Keputusan untuk membina masjid timbul apabila Datuk Bandar, Jean-Claude Gaudin mencadangkan agar kerajaan menyumbang dana sebanyak AS$27 juta (RM88.77), walaupun mendapat tentangan hebat daripada barisan pembangkang.

Bagaimanapun, masjid berkenaan tidak akan mengadakan laungan azan sebagai tanda masuk waktu sembahyang.

Sebaliknya, pancaran cahaya lampu biru akan dinyalakan lima kali sehari sebagai tanda telah masuk waktu sembahyang di kawasan berkenaan. - AFP


UM [21/5/2010]
p/s ; tiada azan?...tanda akhir zaman?..dajal?..tidak mustahil perkara begini (tiada azan) akan menjadi trend pula..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images