SEOUL 11 Mei - Seorang pendaki Korea Selatan selamat tiba di tanah airnya hari ini selepas muncul wanita pertama berjaya menakluk 14 puncak tertinggi di dunia dan turut menceritakan perasaannya ketika 'menawan dunia'.
Oh Eun-Sun menyempurnakan pendakian gunung Annapurna setinggi 8,091 meter di Nepal pada 27 April lalu, sambil teman-teman dari Korea Selatan menonton aksi secara langsungnya yang menakjubkan menerusi televisyen.
"Saya kurang sihat dan cuaca juga buruk. Ia sangat sukar dan saya berasa seperti putus asa pada detik-detik tertentu.
"Lima hingga 10 meter sebelum sampai ke puncak, saya mengikat bendera kebangsaan ke kapak yang saya gunakan untuk mendaki, sewaktu inilah saya mendapat tenaga dan terus memanjat.
"Apabila saya mengibarkan bendera di puncak, saya sangat gembira dan terasa seperti saya berjaya menawan dunia," katanya pada satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, barat Seoul.
Eun-Sun, 44, merupakan satu-satunya wanita yang mendaki 14 gunung di dunia dengan ketinggian melebihi 8,000 meter di banjaran Himalaya dan Karakoram.
Dia mengambil masa selama 13 tahun untuk menamatkan pendakian 14 gunung tersebut selepas mula mendaki Gunung Gasherbrum II setinggi 8,035 meter pada Julai 1997.
Pada sidang medianya, Eun-Sun turut membangkitkan kontroversi yang timbul selepas pesaingnya Edurne Pasaban dari Sepanyol mempersoalkan sama ada dia berjaya sampai ke puncak Gunung Kanchenjunga pada 2009.
"Saya ada bukti, rakaman video yang jelas menunjukkan detik itu," katanya dengan menambah dakwaan tersebut turut disokong pendaki legenda, Reinhold Messner dari Itali yang muncul lelaki pertama berjaya menawan 14 puncak gunung pada 1986.
"Apabila saya jelaskan kepada Messner dan melakar gambar, dia tanpa ragu berkata 'awak sudah sampai ke puncak Kanchenjunga," katanya. - AFP
UM [12/5/2010]
p/s ; semangat korea..
No comments:
Post a Comment