Tuesday, May 25, 2010

Saya perlu rokok: Aquino

MANILA: Presiden baru Filipina, Benigno Aquino enggan memenuhi permintaan untuk berhenti merokok kerana mendakwa ia dapat membantunya meringankan tekanan memikul tanggungjawab barunya itu, semalam.

Aquino menolak permintaan kumpulan kesihatan yang menegaskan beliau bakal memberi contoh yang baik kepada negara jika berhenti merokok.

“Saya pasti berdepan tekanan dan tidak wajar jika saya memikul satu lagi tekanan. “Malah, jika saya berhenti merokok, mungkin ia akan memberi kesan terhadap keputusan yang akan saya lakukan,” katanya.

Aquino, 50, yang masih belum berkahwin dilapor menghisap antara sekotak hingga dua kotak rokok sehari. Beliau bagaimanapun mengaku kesihatannya lebih terjamin jika berhenti merokok. Katanya, beliau mungkin menghentikan tabiat itu satu hari nanti. Namun, pada masa ini, jika beliau berhenti, ia pasti akan menambah tekanan dan selagi tidak mengganggu sesiapa, beliau bebas menghisap rokok.

“Inilah satu-satunya kebebasan saya miliki,” katanya lagi. - AFP 


HM [25/5/2010]
p/s ; presiden pun merokok..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Images