Inilah rupanya kolam yang pertama akan diusahakan..insyaallah akan menjadi besar juga nanti..cadangan pertama ialah untuk memelihara Ikan Tilapia Merah. (gambar diambil pada 25/4/2010 jam 4 petang..)
Banyaknya kerja mahu dibuat..
Pertama, kena bersihkan sekitarnya..potong rumput..tambakkan tebing yang kurang (tinggikan supaya air tidak keluar waktu hujan/banjir..)
Kedua, bersihkan bahagian dalam kolam..keringkan ..kapurkan untuk membunuh semua agen2 jahat...hahaha..
Ketiga, letaklah ikan2 tu.. :-) ..kapasiti boleh isi sehingga 3000 ekor ikan..tapi saya bercadang letakkan dulu 1500 ekor sebagai permulaan..
Banyak halangan mahu melaksanakan projek ni..kewangan..masa..tenaga.. hmmm....BUKAN SENANG MAHU JADI SENANG !!...tiba-tiba falsafah ini keluar semula diruang memori...
No comments:
Post a Comment