
Seorang bekas penghidap denggi kritikal yang pernah terlantar di Hospital selama 2 minggu menyatakan menerima emel daripada seorang rakannya mengenai keberkesanan dan khasiat ketam sebagai ubat penawar denggi.
Ia dibuktikan sendiri olehnya apabila menghidap demam yang sama 10 tahun kemudian. Berdasarkan simptom-simptom yang pernah dialaminya dahulu dan teringat mengenai emel yang pernah diterima, diapun pergi mencari ketam lantas terus dibuat sup.

Menakjubkan apabila demamnya kebah keesokan harinya.
Lebih meyakinkan apabila dia menggunakan cara yang sama keatas rakan sepejabatnya yang juga menghidapi denggi. Keesokan harinya, demam yang dialami oleh rakannya turut kebah setelah diberikan sup ketam sehinggakan doktor seakan tidak percaya demam yang boleh meragut nyawa itu boleh sembuh sedemikian cepat.
Bagi mengukuhkan lagi pendapatnya, dia juga telah mengesyorkan cara tersebut kepada dua-tiga orang lagi rakannya yang menghidap demam tersebut dan Alhamdulillah, mereka telah sembuh.
Lelaki yang bernama Syed Putra itu bagaimanapun menyatakan, lebih mujarab jika digunakan ketam nipah berbanding ketam batik.
Adakah benar cara ini berkesan... Anda bolehlah cuba sendiri... Wallahu alam..
Dipetik dari ; http://www.maxx.my/
No comments:
Post a Comment