Baru-baru ini, dunia hiburan kita dikejutkan dengan pemergian Din Beramboi ke Rahmatullah akibat terkena demam dengi berdarah. Jadi pada artikel kali ni, Maxx terlintas untuk berkongsi petua yang Maxx jumpa di internet. Petua ni bukanlah untuk menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh jadikannya petua sampingan jika anda juga disahkan menghidap penyakit ini.
untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air di dalam badan agar suhu kembali normal.
Cara pengubatan denggi
Air 100 plus - yang ni turut disarankan oleh doktor sendiri. Boleh minum banyak-banyak.
Sup ketam - Untuk yang ini, anda disarankan untuk menggunakan ketam nipah. Maxx pernah tulis artikel mengenai khasiat ketam nipah untuk mengubati denggi (sila rujuk Ketam boleh ubati denggi)..
Air daun pegaga - Ada yang kata bukan guna pegaga biasa, tetapi pegaga cina. Kalau susah sangat boleh beli air daun pegaga kat HPA - Mai secawan!
Air daun betik - Kalau anda rasa air daun pegaga tu tak sedap, air daun betik ni lagi tak sedap. Tapi kalau rasa anda sayangkan nyawa, tak perlulah fikir panjang ye..
Daun pokok semambu - Yang ni bukan untuk diminum, tapi sekadar untuk digosokkan pada bahagian badan. Bila ruam atau bintik-bintik merah dah mula keluar, kita akan rasa miang sampai sukar untuk tidur. Ambil segenggam daun ni dan gosokkan pada bahagian tersebut.
Aiskrim Vanilla - Kononnya ada yang pernah diberitahu oleh seorang cina, aiskrim vanilla juga boleh digunakan. Aiskrim ni juga boleh dimakan kalau anda sakit tekak.
Air bali campur garam - Petua ni untuk mengubati Chikungunya. Itu yang diberitahu oleh seorang warga Bangladesh. Mungkin boleh juga anda gunakan untuk mengubati denggi ni.
Biasanya, sesiapa yang pernah menghidap denggi ni akan menghidapnya sekali lagi dalam tempoh setahun. Jadi berhati-hatilah.
Terlanjur anda membaca artikel ini, sudilah kiranya anda sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri.
Wassalam..

dipetik dari; http://www.maxx.my/
No comments:
Post a Comment